ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.


1. Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi

Hafizul mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.



2. Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia

Beberapa pengguna media sosial X turut mengutuk kenyataan Gilley terhadap pro-Palestin dan Malaysia.


3. KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter

Keputusan itu dibuat sebagai usaha mengurangkan beban keluarga mangsa dalam bidang pendidikan.


4. PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.


5. Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.


6. Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat

Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.


7.  Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah

Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


8. Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.


9. Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sindiket haram di ibu negara.


10. Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan untuk menambah bilangan wanita bagi menjawat jawatan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua pengarah (KP).